Bateri
iPhone mempunyai bateri boleh dicas semula dalaman.
Mengecas bateri
AMARAN:
Untuk mendapatkan maklumat keselamatan penting mengenai pengecasan iPhone,
lihat Panduan Maklumat Produk Penting di support.apple.com/ms_MY/manuals/iphone/.
Ikon bateri di penjuru kanan atas menunjukkan paras bateri atau status pengecasan. Anda juga
boleh memaparkan peratusan pengecasan bateri. Pergi ke Seting > Umum > Penggunaan dan
aktifkan seting di bawah Penggunaan Bateri.
Mengecas
Dicas
Cas bateri: Sambungkan iPhone ke saluran kuasa menggunakan Kabel Penyambung Dok ke USB
dan penyesuai kuasa USB.
36
Bab 3
Asas
Nota: Menyambungkan iPhone ke saluran keluar kuasa boleh memulakan sandaran iCloud atau
penyelarasan wayarles iTunes. Lihat “Menyandarkan iPhone” pada halaman 188 dan “Menyelaras
dengan iTunes” pada halaman 18.
Cas bateri dan selaraskan iPhone: Sambungkan iPhone ke komputer anda menggunakan Kabel
Penyambung Dok ke USB. Atau sambungkan iPhone ke komputer anda menggunakan kabel dan
Dok yang disertakan, tersedia secara berasingan.
Melainkan papan kekunci anda mempunyai port USB 2.0 berkuasa tinggi, anda mesti
sambungkan iPhone ke port USB 2.0 pada komputer anda.
Penting:
Bateri iPhone mungkin kehilangan kuasa berbanding di cas jika iPhone disambungkan
ke komputer yang dimatikan atau dalam mod tidur atau bersiap sedia.
Jika anda mengecas bateri semasa menyelaras atau menggunakan iPhone, ia mungkin
mengambil masa lebih lama untuk dicas.
Penting:
Jika iPhone mempunyai kuasa yang rendah, ia mungkin memaparkan salah satu imej
berikut, menunjukkan bahawa iPhone perlu dicas sehingga sepuluh minit sebelum anda boleh
menggunakannya. Jika iPhone amat rendah kuasanya, paparan mungkin menjadi kosong
sehingga selama dua minit sebelum salah satu imej bateri rendah muncul.
atau
Memaksimumkan hayat bateri
iPhone menggunakan bateri litium-ion. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara
memaksimumkan hayat bateri iPhone, pergi ke www.apple.com/my/batteries.
Menggantikan bateri
Bateri yang boleh dicas semula mempunyai bilangan kitar pengecasan yang terhad dan mungkin
akhirnya perlu digantikan. Bateri iPhone tidak boleh digantikan pengguna; ia boleh digantikan
hanya oleh pembekal khidmat yang dibenarkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke
www.apple.com/my/batteries/replacements.html.