iPhone - Bersenaman dengan Nike + iPod

background image

Bersenaman dengan Nike + iPod

Selepas mengaktifkan Nike + iPod dan memasukkan Sensor Nike + iPod dalam kasut dilengkapi
Nike+ anda, anda sedia untuk mengumpul data.

Penting:

Sebelum memulakan sebarang program senaman, anda hendaklah merujuk kepada

doktor dan melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap. Lakukan latihan pemanasan diri atau
meregangkan diri sebelum memulakan sebarang senaman. Berhati-hati dan berikan perhatian
semasa berlatih. Perlahankan diri, jika perlu, sebelum melaraskan peranti anda semasa berlari.
Hentikan senaman dengan serta merta jika anda terasa kesakitan, atau terasa ingin pengsan,
pening, letih atau sesak nafas. Dengan berlatih, anda bertanggungjawab terhadap risiko yang
wujud dalam latihan fizikal, termasuk sebarang kecederaan yang terjadi daripada aktiviti
sedemikian.
Bersenaman menggunakan Nike + iPod: Buka Nike + iPod, sentuh Senaman dan pilih senaman.
Pengumpulan data berterusan semasa iPhone tidur.

Jeda atau teruskan senaman anda

Jika senaman anda diganggu, bangunkan iPhone dan sentuh pada skrin
kunci. Sentuh apabila anda siap sedia untuk bermula.

Tamatkan senaman anda

Bangunkan iPhone, sentuh , kemudian sentuh Tamatkan Senaman.

Tukar seting senaman

Pergi ke Seting > Nike + iPod.