iPhone - Menonton filem yang disewa

background image

Menonton filem yang disewa

Anda boleh menyewa filem dari iTunes Store dan menontonnya pada iPhone. Anda boleh
memuat turun filem yang disewa terus pada iPhone, atau pindahkan filem dari iTunes pada
komputer anda ke iPhone. (Filem yang disewa mungkin tidak tersedia di semua kawasan.)

Filem yang disewa tamat tempoh dan setelah anda mula menonton, anda mempunyai jumlah
masa yang terhad untuk diselesaikan. Masa yang tinggal muncul berdekatan tajuk. Item yang
disewa dipadam apabila ia tamat tempoh. Sebelum menyewa filem, semak iTunes Store bagi
tempoh sewaan. Untuk mendapatkan maklumat, lihat “Membeli atau menyewa video” pada
halaman 124.
Tonton filem yang disewa: Sentuh video yang anda mahu tonton. Jika anda tidak melihat video
dalam senarai anda, ia mungkin masih sedang dimuat turun.
Pindahkan filem yang disewa ke iPhone: Menyambungkan iPhone ke komputer anda. Kemudian
pilih iPhone dalam bar sisi iTunes, klik Movies dan pilih filem yang disewa yang anda mahu
pindahkan. Komputer anda mesti disambung kepada Internet. Filem yang disewa pada iPhone
tidak boleh dipindahkan ke komputer.

Pada iPhone 3GS, anda boleh memindahkan filem yang disewa antara iPhone dan komputer
anda. Pada iPhone 4, anda boleh memindahkan filem yang disewa antara iPhone dan komputer
anda hanya jika ia disewa dalam iTunes pada komputer.