Memadam video daripada iPhone
Anda boleh memadam video daripada iPhone untuk menjimatkan ruang. Memadam video
daripada iPhone (selain daripada filem yang disewa) tidak memadam video daripada pustaka
iTunes anda. Ia mungkin muncul semula pada iPhone jika video dalam iTunes masih disetkan
untuk menyelaras.
Penting:
Jika anda memadam filem yang disewa daripada iPhone, ia dipadam secara kekal dan
tidak boleh dipindahkan semula ke komputer anda.
Padam video: Dalam senarai video, leret ke kiri atau kanan pada video, kemudian sentuh Padam.