Mencari kenalan
Anda boleh mencari jawatan dan nama pertama, akhir dan nama syarikat dalam kenalan anda di
iPhone. Jika anda mempunyai akaun Microsoft Exchange, akaun LDAP atau akaun CardDAV, anda
juga boleh mencari kenalan tersebut.
Cari kenalan: Dalam Kenalan, sentuh medan carian pada bahagian atas sebarang senarai kenalan
dan masukkan carian anda.
Cari GAL
Sentuh Kumpulan, sentuh Direktori pada bahagian bawah senarai,
kemudian masukkan carian anda.
Cari pelayan LDAP
Sentuh Kumpulan, sentuh nama pelayan LDAP, kemudian masukkan carian
anda.
Cari pelayan CardDAV
Sentuh Kumpulan, sentuh kumpulan CardDAV yang boleh dicari pada
bahagian bawah senarai, kemudian masukkan carian anda.
Simpan maklumat kenalan dari
pelayan GAL, LDAP atau CardDAV
Cari untuk kenalan yang anda mahu tambah, kemudian sentuh Tambah
Kenalan.
Kenalan juga boleh ditemui menerusi carian daripada skrin Utama. Lihat “Mencari” pada
halaman 30.