Memadam aplikasi
Anda boleh memadam aplikasi yang anda pasang daripada App Store. Jika anda memadam
aplikasi, data yang dikaitkan dengan aplikasi turut dipadam.
Padam aplikasi App Store: Sentuh dan tahan sebarang ikon pada skrin Utama sehingga ikon
mula bergoyang, kemudian sentuh . Tekan butang Utama apabila anda selesai memadam
aplikasi.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai memadam setiap aplikasi dan semua data dan seting
anda, lihat “Padam Semua Kandungan dan Seting” pada halaman 182.
Anda boleh memuat turun sebarang aplikasi yang telah dipadam yang anda beli daripada App
Store, secara percuma.
Muat turun aplikasi yang telah
dipadam
Pergi ke App Store, sentuh Updates kemudian sentuh Purchased. Sentuh
aplikasi, kemudian sentuh Install.
130
Bab 23
App Store