Perihal iTunes Store
Gunakan iTunes Store untuk menambah kandungan ke iPhone anda. Anda boleh menyemak
imbas dan membeli muzik, rancangan TV, buku audio, nada isyarat dan nada dering. Anda juga
boleh membeli atau menyewa filem, atau memuat turun dan memainkan podcast atau koleksi
iTunes U. Anda memerlukan Apple ID untuk membeli kandungan. Lihat “Seting Store” pada
halaman 131.
Nota: iTunes Store tidak tersedia di semua kawasan dan kandungan iTunes Store mungkin
berbeza mengikut kawasan. Ciri-ciri tertakluk pada perubahan.
Untuk mengakses iTunes Store, iPhone mesti mempunyai sambungan Internet. Lihat
“Rangkaian” pada halaman 177.