iPhone - Mengikuti artis dan rakan

background image

Mengikuti artis dan rakan

Gunakan Ping untuk berhubungan dengan peminat muzik paling bersemangat di dunia. Ikuti
artis kesukaan untuk mengetahui mengenai keluaran terbaru dan konsert serta konsert jelajah
akan datang, dapatkan pandangan orang dalam menerusi foto dan video mereka, dan ketahui
mengenai pengaruh muzik mereka. Baca komen rakan mengenai muzik yang mereka dengar, dan
lihat apa yang mereka beli serta konsert yang mereka bercadang untuk hadiri. Luahkan kesukaan
muzik anda dan catatkan komen untuk pengikut anda sendiri juga.

Untuk mencipta dan meneroka hubungan muzikal, anda perlu mencipta profil dahulu.
Cipta profil Ping anda: Buka aplikasi iTunes pada Mac atau PC anda, klik Ping, dan ikuti arahan
atas skrin.

Sentuh Ping (jika Ping tidak kelihatan, sentuh More dahulu), kemudian terokai Ping. Anda boleh
membuat yang berikut:

Ikuti artis

Sentuh Follow pada halaman profil mereka.

Ikuti rakan

Apabila anda mengikuti seseorang, mereka tidak mengikuti anda secara
automatik. Dalam profil anda, anda boleh memilih untuk membenarkan
atau menolak permintaan untuk diikuti apabila ia sampai, atau hanya
terima semua pengikut baru tanpa menyemak.

Kongsi pendapat anda

Sambil anda menyemak imbas album dan lagu, sentuh Post untuk memberi
komen mengenai sesuatu muzik, atau sentuh Like untuk menyatakan anda
menyukainya. Rakan anda akan melihat komen anda dalam suapan Ping
Activity.

Kongsi rancangan konsert

Sentuh Concerts pada halaman profil anda untuk melihat konsert akan
datang daripada artis yang anda ikuti dan untuk melihat siapa di antara
rakan anda akan menghadiri sesuatu konsert. Sentuh Tickets untuk
membeli tiket anda sendiri, atau sentuh I’m Going bagi memaklumkan
orang lain bahawa anda juga akan berada di sana. (Tidak tersedia di semua
kawasan.)