iPhone - Seting Game Center

background image

Nyahaktifkan Jemputan Permainan dalam seting akaun Game Center anda.
Lihat “Seting Game Center” pada halaman 122.

Pastikan alamat e-mel anda adalah
peribadi

Nyahaktifkan Cari Saya Melalui E-mel dalam seting akaun Game Center
anda. Lihat “Seting Game Center” pada halaman 122.

Nyahdayakan aktiviti berbilang
pemain

Pergi ke Seting > Umum > Sekatan > Game Center dan nyahaktifkan
Permainan Berbilang Pemain.

Tak benarkan permintaan rakan

Pergi ke Seting > Umum > Sekatan > Game Center dan nyahaktifkan
Menambah Rakan.

Lihat senarai rakan kepada rakan

Sentuh Rakan, sentuh nama rakan, kemudian sentuh rakan betul-betul di
bawah gambar mereka.

Keluarkan rakan

Sentuh Rakan, sentuh nama, kemudian sentuh Batal Rakan.

Laporkan kelakuan yang
menjelikkan atau tidak sesuai

Sentuh Rakan, sentuh nama rakan, kemudian sentuh “Laporkan Masalah.”

Seting Game Center

Beberapa seting Game Center dikaitkan dengan Apple ID yang anda gunakan untuk mendaftar
masuk. Seting yang lain terletak dalam aplikasi Seting pada iPhone.
Tukar seting Game Center untuk Apple ID anda: Daftar masuk Apple ID anda, sentuh Saya,
sentuh sepanduk Akaun, kemudian pilih Lihat Akaun.
Tentukan pemberitahuan yang anda inginkan untuk Game Center: Pergi ke Seting >
Pemberitahuan > Game Center. Jika Game Center tidak muncul, aktifkan Pemberitahuan.
Tukar sekatan yang menjejaskan Game Center: Pergi ke Seting > Umum > Pemberitahuan >
Game Center.

122

Bab 20

Game Center