Menyediakan mel dan akaun lain
iPhone berfungsi dengan iCloud, Microsoft Exchange dan banyak pembekal khidmat mel, kenalan
dan kalendar berasaskan Internet yang paling popular.
Jika anda belum lagi mempunyai akaun mel, anda boleh menyediakan akaun iCloud percuma
apabila anda mula-mula menyediakan iPhone, atau lebih baru dalam Seting > iCloud. Lihat
“iCloud” pada halaman 17.
Sediakan akaun iCloud: Pergi ke Seting > iCloud.
Sediakan akaun lain: Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar.
Anda boleh menambah kenalan dengan menggunakan akaun LDAP atau CardDAV jika syarikat
atau organisasi anda menyokongnya. Lihat “Menyelaras kenalan” pada halaman 132.
Anda boleh menambah akaun kalendar CalDAV dan anda boleh melanggan kepada kalendar iCal
(.ics) atau mengimportnya daripada Mel. Lihat “Langgan kalendar” pada halaman 93.