Memasang kad SIM
Jika anda diberikan kad SIM untuk dipasang, pasangkannya sebelum menyediakan iPhone.
14
Penting:
Kad SIM diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan selular apabila bersambung
kepada rangkaian GSM dan sesetengah rangkaian CDMA. iPhone 4S yang telah diaktifkan
pada rangkaian wayarles CDMA juga boleh menggunakan kad SIM untuk bersambung kepada
rangkaian GSM, terutamanya untuk perayauan antarabangsa. iPhone anda tertakluk kepada
dasar pembekal khidmat wayarles anda, yang mungkin termasuk pengehadan terhadap
menukar pembekal khidmat dan perayauan, walaupun selepas menamatkan sebarang kontrak
perkhidmatan minimum. Hubungi pembekal khidmat wayarles anda bagi mendapatkan butiran
lanjut. Sebarang keupayaan selular bergantung pada rangkaian wayarles.
Memasang Kad SIM dalam iPhone 4S
Kad
SIM Mikro
Dulang kad
SIM Mikro
Klik kertas
atau alat
pengeluar SIM
Pasang kad SIM: Masukkan hujung klip kertas kecil atau alat mengeluarkan SIM ke dalam lubang
pada dulang kad SIM. Tarik keluar dulang kad SIM dan letakkan kad SIM ke dalam dulang seperti
yang ditunjukkan. Dengan dulang dijajarkan dan kad SIM di atas, masukkan semula dulang
dengan cermat.