iPhone - iCloud

background image

Anda boleh menggunakan iCloud atau iTunes atau kedua-duanya bergantung pada keperluan
anda. Contohnya, anda boleh menggunakan Strim Foto iCloud untuk menghantar foto yang
anda ambil pada iPhone ke peranti lain anda secara automatik dan menggunakan iTunes untuk
menyelaras foto album dari komputer anda ke iPhone.

Nota: Anda tidak boleh menyelaras item pada anak tetingkap Info pada iTunes (seperti kenalan,
kalendar dan nota) dan juga menggunakan iCloud untuk memastikan maklumat tersebut
dikemas kini pada peranti anda. Jika tidak, data duplikasi mungkin berlaku.

iCloud

iCloud menyimpan kandungan anda, termasuk muzik, foto, kenalan, kalendar dan dokumen yang
disokong. Kandungan yang disimpan dalam iCloud ditolak secara wayarles ke peranti iOS anda
yang lain dan komputer yang disediakan dengan akaun iCloud yang sama.

iCloud tersedia pada peranti iOS 5, pada Macs yang menjalankan OS X Lion v10.7.2 atau lebih baru
dan pada PC dengan iCloud Control Panel untuk Windows (Windows Vista Service Pack 2 atau
Windows 7 diperlukan).

Ciri-ciri iCloud adalah termasuk:

Â

iTunes dalam Awan—Muat turun pembelian muzik dan rancangan TV iTunes terdahulu ke
iPhone secara percuma, pada bila-bila masa anda inginkan.

Â

Apps and Books—Muat turun pembelian App Store dan iBookstore terdahulu ke iPhone secara
percuma, pada bila-bila masa anda inginkan.

Â

Photo Stream—Foto yang anda ambil pada satu peranti muncul secara automatik pada semua
peranti anda. Lihat “Strim Foto” pada halaman 101.

Â

Dokumen dalam Awan—Untuk aplikasi yang didayakan iCloud, pastikan dokumen dan data
aplikasi dikemas kini merentasi semua peranti anda.

Â

Mail, Kenalan, Kalendar—Pastikan semua kenalan mel, kalendar, nota dan peringatan anda
dikemas kini merentasi semua peranti anda.

Â

Sandaran—Sandarkan iPhone ke iCloud secara automatik apabila disambungkan ke kuasa dan
Wi-Fi. Lihat “Menyandarkan iPhone” pada halaman 188.

Â

Cari iPhone Saya—Cari iPhone anda pada peta, mainkan bunyi, kunci skrin, atau padam data
dari jauh. Lihat “Cari iPhone Saya” pada halaman 38.

Â

Cari Rakan Saya—Kongsi lokasi anda dengan orang yang penting kepada anda. Muat turun
aplikasi percuma daripada App Store.

Â

iTunes Match—Dengan langganan iTunes Match, semua muzik anda, termasuk muzik
yang anda import dari CD atau beli di tempat lain selain daripada iTunes, muncul pada
semua peranti anda dan boleh dimuat turun dan dimainkan atas permintaan. Lihat “iTunes
Match” pada halaman 85.

Dengan iCloud, anda mendapat akaun e-mel percuma dan storan 5 GB untuk mel, dokumen dan
sandaran anda. Muzik, aplikasi, rancangan TV dan buku yang anda beli dan juga Strim Foto anda
tidak dikira terhadap ruang kosong anda.

17

Bab 2

Bermula

background image

Jika anda mempunyai langganan MobileMe, anda boleh memindahkannya ke iCloud dari Mac
atau PC di www.me.com/move sehingga Jun 30 2012.

Nota: iCloud tidak tersedia di semua kawasan dan ciri-ciri iCloud mungkin berbeza mengikut
kawasan.
Daftar masuk atau buat akaun iCloud: Dalam Seting, sentuh iCloud.

Dayakan atau nyahdayakan
perkhidmatan iCloud

Pergi ke Seting > iCloud.

Dayakan sandaran iCloud

Pergi ke Seting > iCloud > Storan & Sandaran.

Cari iPhone anda

Lawati www.icloud.com, daftar masuk dengan Apple ID anda, kemudian
pilih Cari iPhone Saya.

Penting:

Pada iPhone anda, Cari iPhone Saya mesti diaktifkan dalam Seting

> iCloud untuk iPhone dicari.

Beli storan iCloud tambahan

Pergi ke Seting > iCloud > Storan & Sandaran, kemudian sentuh Urus
Storan. Untuk mendapatkan maklumat mengenai pembelian storan iCloud,
pergi ke help.apple.com/icloud.

Lihat dan muat turun pembelian
iTunes Store yang terdahulu

Pergi ke iTunes, kemudian sentuh Dibeli.

Lihat dan muat turun pembelian
App Store yang terdahulu

Pergi ke App Store, sentuh Updates kemudian sentuh Purchased.

Lihat dan muat turun pembelian
iBookstore yang terdahulu

Pergi ke iBooks, sentuh Store kemudian sentuh Purchased.

Aktifkan Muat Turun Automatik
untuk muzik, aplikasi atau buku

Pergi ke Seting > Store.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai iCloud, pergi ke www.apple.com/icloud. Untuk
mendapatkan maklumat sokongan, pergi ke www.apple.com/asia/support/icloud.