Mengenai peringatan lokasi
Peringatan lokasi hanya tersedia pada iPhone 4 dan iPhone 4S dan mungkin tidak tersedia di
semua kawasan. Anda tidak boleh mengeset lokasi untuk peringatan dalam akaun Microsoft
Exchange dan Outlook.
Anda boleh mengeset peringatan lokasi untuk membolehkan Peringatan mengisyaratkan anda
apabila anda menghampiri lokasi dan sekali lagi apabila anda tidak lagi berhampiran kawasan
itu. Untuk keputusan terbaik, nyatakan lokasi yang ditentukan dengan baik—seperti alamat
berbanding bandar—dan ingat bahawa ketepatannya boleh berbeza-beza. iPhone mungkin
menyemak sama lokasinya secara kurang kerap bergantung pada model iPhone anda dan sama
ada ia dikunci, jadi mungkin terdapat kelewatan sebelum peringatan dicetuskan.
Apabila anda membuat peringatan, anda boleh menggunakan lokasi semasa anda atau lokasi
daripada senarai kenalan anda. Tambah lokasi yang akan anda gunakan dengan Peringatan,
seperti kedai runcit atau sekolah, kepada Kenalan. Anda juga harus menambah lokasi peribadi,
seperti alamat rumah dan kerja anda, kepada kad kenalan anda dalam Kenalan. Peringatan
menunjukkan lokasi dari kad kenalan anda. Untuk mendapatkan maklumat mengenai mengeset
kad kenalan anda dalam Kenalan, lihat “Akaun dan seting kenalan” pada halaman 134.