Melihat harga saham
Saham membolehkan anda melihat sebut harga terbaru yang tersedia untuk saham, dana, dan
indeks pilihan anda.
Sebut harga mungkin lewat sehingga 20 minit atau lebih, bergantung pada perkhidmatan
pelaporan.
Tambah saham, dana, atau indeks kepada pembaca saham: Sentuh , kemudian sentuh .
Masukkan simbol, nama syarikat, nama dana, atau indeks, kemudian sentuh Cari.
Tunjukkan perubahan dalam nilai saham, dana, atau indeks untuk satu jangka masa: Sentuh
saham, dana, atau indeks dalam senarai anda, kemudian sentuh 1h, 1m, 1b, 3b, 6b, 1t, atau 2t.
Apabila anda melihat carta dalam orientasi landskap, anda boleh menyentuh carta untuk
memaparkan nilai bagi satu titik masa tertentu.
Gunakan dua jari untuk melihat perubahan nilai bagi satu jangka masa tertentu.
Anda juga boleh melihat pita saham anda dalam Pusat Pemberitahuan. Lihat
“Pemberitahuan” pada halaman 32.
105
Padam saham
Sentuh dan sentuh
bersebelahan saham, kemudian sentuh Padam.
Tukar susunan senarai
Sentuh . Kemudian seret bersebelahan saham atau indeks ke tempat
baru dalam senarai.
Tukar paparan ke perubahan
peratusan, perubahan harga, atau
permodalan pasaran
Sentuh sebarang daripada nilai sepanjang bahagian kanan skrin. Sentuh
sekali lagi untuk bertukar ke paparan lain.
Gunakan iCloud untuk memastikan
senarai saham anda dikemas kini
pada peranti iOS anda
Pergi ke Seting > iCloud > Dokumen & Data, kemudian aktifkan Dokumen
& Data (ia aktif secara lalai). Lihat “iCloud” pada halaman 17.