Perihal Kalendar
kalendar menjadikannya mudah untuk mematuhi jadual. Anda boleh melihat kalendar individu,
atau beberapa kalendar pada satu masa. Anda boleh melihat peristiwa anda mengikut hari,
mengikut bulan atau dalam senarai. Anda boleh mencari tajuk, jemputan, lokasi dan nota
peristiwa. Jika anda memasukkan hari jadi untuk kenalan anda, anda boleh melihat hari jadi
mereka dalam Kalendar.
Anda juga boleh membuat, mengedit, atau membatalkan peristiwa pada iPhone dan
selaraskannya kembali ke komputer anda. Anda boleh melanggan ke kalendar Google, Yahoo!,
atau iCal. Jika anda mempunyai akaun Microsoft Exchange atau iCloud, anda boleh menerima dan
membalas jemputan mesyuarat.