iPhone - Mencari kalendar

background image

Mencari kalendar

Dalam paparan Senarai, anda boleh mencari medan Tajuk, Peserta, Lokasi dan Nota bagi peristiwa
dalam kalendar anda. Kalendar hanya mencari dalam peristiwa untuk kalendar yang sedang anda
lihat.
Cari peristiwa: Sentuh Senarai, kemudian masukkan teks dalam medan carian.

Peristiwa kalendar juga boleh disertakan dalam carian daripada skrin Utama. Lihat “Mencari” pada
halaman 30.

Langgan kalendar

Anda boleh melanggan kalendar yang menggunakan format iCalendar (.ics). Kebanyakan
perkhidmatan berasaskan kalendar menyokong langganan kalendar, termasuk iCloud, Yahoo!,
Google dan aplikasi iCal dalam OS X.