iPhone - Menambah peristiwa

background image

Menambah peristiwa

Anda boleh membuat dan mengemas kini peristiwa kalendar terus pada iPhone.
Tambah peristiwa: Sentuh dan masukkan maklumat peristiwa, kemudian sentuh Selesai.

Anda juga boleh menyentuh dan menahan slot tempat kosong pada kalendar untuk membuat
peristiwa baru. Seret titik cekup untuk melaraskan tempoh peristiwa.

Setkan isyarat

Sentuh Isyarat, kemudian setkan isyarat dari 5 minit hingga ke dua hari
sebelum peristiwa tersebut.

Setkan isyarat lalai untuk peristiwa Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar > Masa Isyarat Lalai

Kemas kini peristiwa

Sentuh Edit dan tukar maklumat peristiwa.
Untuk melaraskan masa atau tempoh peristiwa dengan cepat, sentuh dan
tahan peristiwa untuk memilihnya, kemudian seretnya ke masa aru atau
gunakan titik sambar untuk menukar tempohnya.

Padam peristiwa

Sentuh peristiwa, sentuh Edit, kemudian skrol ke bawah dan sentuh Padam
Peristiwa.

Jemput orang lain ke peristiwa

Sentuh Peserta untuk memilih orang dari Kenalan. Ini memerlukan akaun
iCloud, Microsoft Exchange, atau CalDAV.