Membalas jemputan
Jika anda mempunyai akaun iCloud, Microsoft Exchange atau akaun CalDAV yang disokong, anda
boleh menerima dan membalas jemputan mesyuarat daripada individu dalam organisasi anda.
Apabila anda menerima jemputan, mesyuarat muncul dalam kalendar anda dengan garisan titik
di sekelilingnya. muncul dalam penjuru kanan bawah skrin.
Balas jemputan: Sentuh jemputan dalam kalendar. Atau sentuh untuk memaparkan skrin
peristiwa dan kemudian sentuh jemputan.
Lihat maklumat mengenai
penganjur
Sentuh “jemputan daripada.”
Lihat jemputan lain
Sentuh Jemputan. Sentuh nama untuk melihat maklumat hubungan
individu tersebut.
Tambah komen dalam balasan
Sentuh Tambah Komen. Komen anda akan dapat dilihat oleh penganjur,
tetapi bukan peserta lain. Komen mungkin tidak tersedia, bergantung pada
perkhidmatan kalendar yang anda gunakan.
Setkan ketersediaan anda
Sentuh Ketersediaan dan pilih “sibuk” atau “lapang.”
92
Bab 10
Kalendar